Home » » Samsung Galaxy S4 Zoom: Telefon macam kamera

Samsung Galaxy S4 Zoom: Telefon macam kamera

Written By Unknown on Wednesday, 26 June 2013 | 05:17


Samsung mengumumkan pelancaran Samsung Galaxy S4 Zoom iaitu kamera + telefon baru yang berkuasa tinggi menggabungkan zum optik 10x, pemprosesan 16 megapiksel CMOS, OIS dan flash jenis Xenon dengan teknologi Samsung Galaxy S4 yang terkini.
Antara ciri yang dimuatkan termasuk Zoom Ring iaitu kaedah mudah dan intuitif untuk meng­akses ciri utama Galaxy S4 Zoom ini. Apabila anda berada di tengah-tengah panggilan telefon dan anda benar-benar perlu untuk berkongsi, tukar kepada Zoom Ring untuk In-Call Photo Share.
Ia sekali gus akan membolehkan anda merakam dan menghantar imej secara langsung melalui MMS kepada sesiapa saja yang sedang berbual dengan anda.

Untuk navigasi kamera mudah, Zoom Ring boleh digunakan bagi mengaktifkan ciri dan tetapan ringkas, memberikan anda akses segera kepada pelbagai mod kamera pelbagai termasuk Auto, Galeri dan Mod Pintar dengan sentuhan yang mudah.
Samsung Galaxy S4 Zoom

Kamera dan telefon ini beroperasi pada Android Jelly Bean 4.2 dan mempunyai banyak ciri yang sama seperti telefon pintar Galaxy S4 termasuk Touchwiz yang membolehkan anda menyesuaikan pelbagai aspek peranti anda termasuk skrin dan bar notifikasi.


SPESIFIKASI:

SAMSUNG GALAXY S4 ZOOM

Harga: Tidak diperoleh
Rangkaian: LTE, 2.5G (GSM/ GPRS/ EDGE): 850 / 900 / 1800 / 1900 MHz, 3G (HSPA+ 42Mbps): 850 / 900 / 1900 / 2100 MHz, 4G (LTE Cat 3 100/50Mbps)
Paparan: 4.3 inch qHD sAMOLED (960x540)
CPU: 1.5GHz Dual-Core
OS: Android 4.2 (Jelly Bean)
Kamera: 16MP dengan zum optikal 10x
ISO: Auto, 100, 200, 400, 800, 1600, 3200
Format: JPEG, PNG, GIF, WBMP, BMP, AGIF
Video: MPEG4, H.264, H.263, VC-1, VP8, WMV7/8, Sorenson Spark
Sambungan: Wi-Fi 802.11 a/b/g/n 2.4+5GHz, NFC, Bluetooth(R) 4.0 (LE), A-GPS + GLONASS
Memori: 8GB+microSD
RAM: 1.5GB RAM
Dimensi: 125.5 x 63.5 x 15.4mm
Berat: 208g
Bateri: 2,330mAh
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Search This Blog

Featured Posts

Blog Archive

 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. info semasa - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger