aMBER dan Edmund ketika majlis pelancaran Buku Back on Your Feet Again baru-baru ini.
Amber, model berwajah eksotik bukan nama asing dalam industri fesyen. Peragawati yang berasal dari Sabah ini sering menghiasi majalah tempatan dan antarabangsa. Sering melakukan catwalk, Amber turut meluahkan dia sebenarnya pernah mengalami sakit kaki hingga menganggu rutin hariannya.
"Sebagai model, kaki sebenarnya aset yang paling penting. Jika kaki tidak sihat, sudah tentu seorang model tidak boleh berjalan dengan selesa. Malah anda pasti melihat sesuatu yang ganjil pada langkahnya. Saya bertuah apabila dapat berkenalan dengan Pakar Ortotik Myortho, Edmund Lee.
Beliau dapat mengesan masalah pada kaki saya. Selepas membuat pemeriksaan, tapak kaki saya sebenarnya tidak rata tetapi masih di tahap awal," ujarnya yang turut memiliki kelas akademi model sendiri.
Tambah Amber, sebelum ini dia tidak mengetahui bahawa sakit tengkuk dan bahu yang dialaminya sebenar berpunca daripada sakit kaki.
Kini, selepas menjalani terapi di Myortho selama dua bulan, keadaan kaki Amber semakin baik.
Amber turut berkongsi maklumat penjagaan kaki bersama pelajar-pelajarnya.
Dalam pada itu, Myortho merupakan pusat penjagaan kesihatan sendi dan kaki yang menyediakan perkhidmatan ortotik canggih dan penjagaan pemulihan.
Menurut Edmund, tanda-tanda biasa masalah ortotik yang dialami orang dewasa yang bekerja, orang tua dan kanak-kanak seperti kerenggangan tendon, sakit di tumit dan tulang kering, kebiasaannya akan memberi kesakitan yang tajam di tulang belakang dan leher.
"Ramai pesakit yang bekerja dan berdiri dalam tempoh yang lama mengadu sakit kaki. Amber merupakan salah seorang yang mengadu masalah yang sama. Malangnya, ramai antara kita tidak sedar tentang perkara ini dan cenderung untuk menderita secara senyap-senyap akibat mengabaikan kepentingan penjagaan kaki dan memakai kasut yang memberi keutamaan kepada keselesaan.
"Kaki rata adalah rujukan rasmi kepada keadaan perubatan di mana gerbang runtuh kaki menjadikan keseluruhan kaki tersentuh lengkap atau hampir lengkap dengan tanah. Bagi sesetengah individu, lengkungan kaki tidak pernah dibentuk dalam satu kaki atau kedua-dua kaki," jelasnya.
Menurut Edmund, kaki rata juga boleh dialami oleh orang dewasa akibat kecederaan, penyakit, tekanan luar biasa yang berpanjangan kepada kaki, kerosakan biomekanik atau sebahagian daripada proses penuaan yang normal yang kebiasaannya terjadi di kalangan wanita berumur lebih 40 tahun.
Faktor-faktor risiko yang diketahui termasuk obesiti, tekanan darah tinggi dan kencing manis. Kaki rata juga boleh berlaku di kalangan wanita hamil akibat perubahan sementara, kerana elastin meningkat semasa mengandung. Walau bagaimanapun, bagi orang dewasa, kaki rata umumnya kekal tidak berubah selama-lamanya.
"Ramai yang percaya bahawa gejala ini dapat dirawati melalui pembedahan. Namun, hakikatnya kaki rata juga boleh dirawat dengan melakukan beberapa senaman mudah dan dengan menggunakan preskripsi tapak ortotik berfungsi," ujarnya.
Sementara itu, tapak ortotik dibina untuk memenuhi keperluan biomekanik individu dan gaya hidup pesakit.
Di Myortho, juruteknik makmal yang mahir mengambil penjagaan khas dalam fabrikasi ortotik preskripsi serta memenuhi tahap kualiti perkhidmatan yang tinggi. Penyelarasan ortotik setiap pesakit direka mengikut spesifikasi preskripsi professional.
Kaki merupakan dua struktur kecil menyokong sendi badan kita, penjagaan yang tidak betul atau kecuaian akan menyebabkan kita mengalami sakit kaki dan kecacatan struktur.
Mereka yang inginkan maklumat lanjut tentang Myortho boleh melayari www.myortho.com.my
0 comments:
Post a Comment