Home » » siti Nurhaliza Ambil 2 Orang Anak Angkat Palestin-

siti Nurhaliza Ambil 2 Orang Anak Angkat Palestin-

Written By Unknown on Friday, 5 July 2013 | 08:04

Kanak-kanak arab comel-comel dari Palestin jadi pilihan untuk dijadikan anak angkat penyanyi jutawan Siti Nurhaliza.Siti ingin mengambil dua orang anak mungkin sorang lelaki seorang perempuan.Tujuan siti adalah untuk meringankan beban  penduduk negara Islam yang ditindas rejim Israel itu.
anak angkat siti nurhaliza4 Siti Nurhaliza Ambil 2 Orang Anak Angkat Palestin
Siti, 34, berkata, pengambilan anak angkat itu adalah dari segi penyaraan kos pembiayaan sara hidup mereka sehingga dewasa.
anak sitinurhaliza 225x300 Siti Nurhaliza Ambil 2 Orang Anak Angkat Palestin
“Ya… saya telah dimaklumkan proses bagaimana untuk membantu mereka, iaitu salah satunya adalah dengan mengambil anak angkat.
“Namun, kita tidak boleh membawa mereka keluar dari negara tersebut kecuali membiayai kos sara hidup mereka di sana,” katanya ketika ditemui pada Majlis Jamuan Amal Rebuild Gaza For A Nation, di sini, Sabtu.
siti Siti Nurhaliza Ambil 2 Orang Anak Angkat Palestin
Siti Nurhaliza Tarudin – Foto THESTAR Rohaizat Md Darus
Tambah Siti, bagaimanapun perkara tersebut akan dibincangkan secara mendalam dengan bersama suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.
SITI%20RABBANI Siti Nurhaliza Ambil 2 Orang Anak Angkat Palestin
Siti Nurhaliza dan Kumpulan Rabbani
“Saya baru diberitahu tadi tentang proses tersebut, Insyaallah nanti saya akan berbincang dengan suami tentang perkara itu,” ujarnya.
Dalam pada itu, Siti berkata, dia dan keluarga memasang impian untuk menjejakkan kaki dan melihat sendiri keadaan kehidupan masyarakat di Gaza.
“Saya bangga ramai rakan artis dah menjejakkan kaki di sana, Insyaallah saya sendiri memang bercita-cita untuk ke Masjid Al-Aqsa dan seterusnya ke bumi Gaza.
“Saya selalu mendengar cerita bahawa berada di sana lebih tenang dan tidak seperti digambarkan di dada-dada akhbar,” katanya.
Pada Majlis tersebut, Siti turut menerima Anugerah Kemanusiaan daripada Majis Perundingan Islam Malaysia (Mapim) sebagai tanda sokongan kepada usaha yang dilakukan organisasi tersebut dalam membantu masyarakat Palestin.
“Saya bersyukur kerana diberi penghormatan biarpun sumbangan saya yang sedikit kepada penduduk Gaza berbanding apa yang telah Mapim lakukan.
“Namun saya berharap ramai lagi rakan artis dan orang ramai lebih perihatin dengan kesusahan rakyat di negara itu,” katanya.
Turut hadir pada majlis tersebut adalah Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan, Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Halim dan kumpulan Rabbani.-mStar
gambar anak siti nurhaliza4 Siti Nurhaliza Ambil 2 Orang Anak Angkat Palestin anak angkat siti nurhaliza1 Siti Nurhaliza Ambil 2 Orang Anak Angkat Palestin anak angkat siti nurhaliza12 Siti Nurhaliza Ambil 2 Orang Anak Angkat Palestin gambar anak siti nurhaliza5 Siti Nurhaliza Ambil 2 Orang Anak Angkat Palestin anak angkat siti nurhaliza3 Siti Nurhaliza Ambil 2 Orang Anak Angkat Palestin gambar anak siti nurhaliza6 Siti Nurhaliza Ambil 2 Orang Anak Angkat Palestin  gambar anak siti nurhaliza7 Siti Nurhaliza Ambil 2 Orang Anak Angkat Palestin anak angkat siti nurhaliza5 Siti Nurhaliza Ambil 2 Orang Anak Angkat Palestin gambar anak siti nurhaliza8 Siti Nurhaliza Ambil 2 Orang Anak Angkat Palestin  gambar anak siti nurhaliza9 300x156 Siti Nurhaliza Ambil 2 Orang Anak Angkat Palestin

anak angkat siti nurhaliza16 Siti Nurhaliza Ambil 2 Orang Anak Angkat Palestin
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Search This Blog

Featured Posts

Blog Archive

 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. info semasa - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger