Home » , » Penjenayah letupkan mesin ATM di Masjid Tanah

Penjenayah letupkan mesin ATM di Masjid Tanah

Written By Unknown on Sunday, 12 August 2012 | 08:01


MELAKA - Sungguhpun dengan menggunakan bahan letupan, namun sekumpulan perompak gagal dalam cubaan mereka melarikan wang dalam sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di Bank Rakyat cawangan Masjid Tanah di sini, awal pagi ini.
   
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Supt Umar Ali Saifuddin Shaharudin berkata, dalam kejadian 3.20 pagi itu, sejenis bahan letupan dipasang pada salah sebuah mesin ATM di bank tersebut yang menempatkan dua mesin ATM dan satu mesin deposit wang (CDM).

Dipetik Bernama, beliau berkata, letupan itu bukan saja mengakibatkan kerosakan teruk pada mesin ATM itu malah menyebabkan cermin bahagian hadapan bank tersebut pecah selain keretakan pada dinding dan siling bangunan itu.
   
"Polis menerima panggilan jam 3.40 pagi. Menurut saksi perbuatan itu dilakukan empat lelaki yang menaiki dua motosikal, namun mereka gagal melarikan wang daripada mesin ATM tersebut," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, hari ini.
   
Beliau berkata jenis bahan letupan yang digunakan masih dalam siasatan.
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Search This Blog

Featured Posts

Blog Archive

 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. info semasa - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger